âšī¸
Info
đ¤
âšī¸ Maklumat & Dokumen
Info
Info
PAS Kawasan Gombak
Maklumat terkini, pengumuman & dokumen rasmi
Memuatkan maklumat...
đ
Tiada Maklumat
Belum ada maklumat dimuatkan untuk kategori ini.
īŋŊ
5 Tips MAT Cawangan
Untuk Setiausaha Cawangan
1
Perlantikan Perwakilan ke Mesyuarat Agung Kawasan
- Membuat lantikan perwakilan Cawangan ke Mesyuarat Agung Kawasan di dalam Mesyuarat Agung Cawangan.
- Tidak perlu tunggu Mesyuarat AJK Cawangan untuk hantar senarai perwakilan apabila diminta oleh Kawasan.
- Dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan Cawangan dan Kawasan.
2
Mencatat Minit Mesyuarat Agung untuk Penyediaan Laporan ROS
- Cetak template minit mesyuarat agung yang telah dibekalkan oleh Sekretariat PKG.
- Bawa semasa Mesyuarat Agung Cawangan dan catat perkara/perbincangan mesyuarat sepertimana yang tertera di dalam template tersebut.
- Taip semula maklumat yang dicatat ke dalam fail soft copy template tersebut sehingga selesai. Simpan dengan selamat dan buat backup jika perlu.
- 2 perkara dapat diselesaikan apabila menyempurnakan tugas ini iaitu:
- Ia adalah sebahagian daripada dokumen laporan ROS 2026
- Minit Mesyuarat untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung tahun hadapan (2027)
đĨ
Muat turun template minit mesyuarat:
đ Template Minit Mesyuarat Agung
3
Borang Pendaftaran Kehadiran Perwakilan/Ahli Mesyuarat Agung
- Pihak Sekretariat telah menyediakan borang standard pendaftaran kehadiran ahli ke Mesyuarat Agung Cawangan.
- Setiausaha Cawangan perlu mencetak borang tersebut secukupnya dan pastikan semua ahli yang hadir mengisi borang tersebut.
- Borang tersebut perlu dihantar kepada PAS Kawasan bersama laporan ROS. Buat salinan untuk simpanan Cawangan.
- Borang kehadiran tersebut penting untuk kegunaan pihak Sekretariat PAS Kawasan:
- Mengemaskini maklumat keahlian sistem SPOKAS
- Pemutihan keahlian
- Merekod & memantau prestasi Cawangan
đĨ
Muat turun borang kehadiran:
đ Borang Pendaftaran Kehadiran
4
Syiar dan Imej Parti
- Mesyuarat Agung Tahunan merupakan salah satu syiar dan kewujudan organisasi PAS yang aktif di peringkat Cawangan.
- Cawangan digalakkan menaikkan kain rentang/banner di sekitar Cawangan memaklumkan penganjuran Mesyuarat Agung berkenaan.
- Sebagai salah satu cara notis panggilan mesyuarat kepada Ahli.
- Bertindak sebagai e-banner untuk disebarkan kepada ahli di platform media baru.
- Boleh dijadikan sebagai backdrop pada hari Mesyuarat Agung. Acara bergambar beramai-ramai bersama ahli mesyuarat selepas tamat mesyuarat juga digalakkan.
- Menaikkan bendera PAS di sekitar lokasi mesyuarat sebagai nilai tambah syiar Parti.
- Bergambar beramai-ramai untuk dikongsi sesama ahli dan sebagai salah satu arkib.
5
Lagu Rasmi Parti
Muat turun Lagu PAS Versi Gombak bagi acara-acara anjuran PAS di semua peringkat:
đī¸
Disediakan oleh Pejabat Sekretariat PAS Kawasan Gombak