📋 Laporan Pemerhati
👤
đŸ…°ī¸

Butir-butir Mesyuarat Agung

đŸ…ąī¸

Kehadiran Ahli Mesyuarat / Laporan

RM
Lemah
Baik
👤

Maklumat Pemerhati

Salinan laporan akan diemel kepada pemerhati

📊 Senarai Laporan Pemerhati

📋
0 Jumlah Laporan
⭐
0.0 Purata Prestasi
đŸ‘Ĩ
0% Purata Kehadiran
Cawangan Tarikh Kehadiran Prestasi Pemerhati Tindakan

Memuatkan data...

📖 GARIS PANDUAN TUGAS PEMERHATI (AJK PKG)

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan 2026

1 Pelantikan Pemerhati

1.1 Pemerhati Mesyuarat Agung PAS Cawangan terdiri daripada AJK PAS Kawasan yang diberi mandat oleh Mesyuarat Penuh AJK PAS Kawasan.

1.2 Pemerhati bertindak sebagai wakil rasmi PAS Kawasan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Cawangan.

2 Penyelarasan Jadual Bertugas

2.1 Jadual tugasan pemerhati bagi MAT Cawangan akan diselaraskan oleh Sekretariat PAS Kawasan.

2.2 Jadual bertugas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

2.3 Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan oleh Sekretariat PAS Kawasan.

3 Pertukaran Tugasan

3.1 Pemerhati yang tidak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan hendaklah mencari pengganti dengan:

  • Berbincang dengan AJK PAS Kawasan yang lain, dan
  • Melakukan pertukaran tugasan secara persetujuan bersama.

3.2 Sebarang pertukaran hendaklah dimaklumkan kepada Sekretariat PAS Kawasan bagi tujuan rekod.

4 Peranan dan Tanggungjawab Pemerhati

Pemerhati PAS Kawasan bertanggungjawab melaksanakan perkara berikut semasa MAT Cawangan:

4.1 Mewakili PAS Kawasan dalam Mesyuarat Agung Cawangan.

4.2 Menjadi tempat rujukan kepada pihak Cawangan sekiranya terdapat isu berbangkit atau pertanyaan berkaitan mesyuarat.

4.3 Bertindak sebagai pemudahcara perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Cawangan.

4.4 Mengendalikan atau memudahcara agenda pemilihan AJK PAS Cawangan (bagi tahun yang melibatkan pemilihan).

4.5 Melengkapkan borang laporan pemerhati yang disediakan oleh Sekretariat PAS Kawasan.

📝 Borang laporan atas talian di bahagian 'Isi Laporan' halaman ini.

4.6 Mendapatkan satu salinan buku Mesyuarat Agung Cawangan untuk diserahkan kepada Sekretariat PKG.

4.7 Mengambil gambar-gambar mesyuarat dan kongsikan dalam group WhatsApp AJK PKG.

5 Kefahaman Peraturan Mesyuarat

5.1 Pemerhati PAS Kawasan hendaklah memahami dengan jelas perkara berikut:

  • Agenda Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Cawangan
  • Peraturan Mesyuarat Agung
  • Peraturan Pemilihan yang ditetapkan oleh PAS Pusat dan PAS Negeri

5.2 Kefahaman ini penting bagi memastikan mesyuarat berjalan dengan teratur, sah dan mematuhi perlembagaan parti.

📋 Agenda Mesyuarat Agung Cawangan

  1. Ucapan Pengerusi Tetap Cawangan
  2. Pelantikan seorang pencatat minit mesyuarat.
  3. Membentang dan Mengesah Minit Mesyuarat Agung 2025
  4. Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Tahunan PAS Cawangan 2025-2026
  5. Membentang dan Melulus Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2025
  6. Memilih 7 orang perwakilan PAS Cawangan ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan (termasuk Ketua) seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2020) Fasal 21 (6)
  7. Membahaskan Usul-usul
  8. Ucapan Penangguhan oleh Ketua Cawangan.
✅ Laporan berjaya dihantar!